Pengikut

Selasa, 2 Ogos 2011

Pendaftaran Murid Prasekolah

Pendaftaran murid prasekolah yang dilahirkan pada 2 Januari 2006 hingga 1 Januari 2007 dan selebihnya yang lahir sehingga tahun 2007. Tempoh permohonan dibuka dari 1 Ogos - 31 Oktober 2011. Kepada pemohon boleh mendapatkan borang di pejabat sekolah dan berurusan dengan En Muhammad Yusof. Harap Maklum

Isnin, 25 Julai 2011

LDP

Hari ini  25 Julai 2011 diadakan ' Kursus LDP tentang Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah.' Taklimat dilakukan oleh  Pn Zahani bt Hashim. Semua guru telah memberi kerjasama  yang baik.

Isnin, 18 Julai 2011

Peristiwa Mencemaskan

Pada pukul 10.00-10.30pagi, kami warga SKPP menghadapi satu peristiwa yang mencemaskan dimana seorang guru hampir rebah disebabkan masalah kesihatan. Mujurlah seorang guru yang lain sempat memapah beliau sebelum rebah. Penghargaan diberikan kepada semua guru-guru yang terlibat membantu beliau sehingga menghantarnya pulang ke rumah. Pengorbanan seorang guru tidak ternilai sehinggakan sanggup meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa walaupun keadaan kesihatan tidak berapa mengizinkan. selagi nyawa dikandung badan kami warga pendidik akan berusaha memastikan anak bangsa yang lahir mempunyai ilmu pengetahuan.

Ahad, 17 Julai 2011

Perhimpunan Badan Beruniform

 
Perhimpunan ini merupakan perhimpunan berkala yang akan dilaksanakan pada setiap minggu ke tiga pada setiap bulan.Murid tahap dua dikehendaki memakai pakaian berunifom masing-masing.

Sabtu, 16 Julai 2011

Guru Besar Yang Baru

Hari ini merupakan hari pertama Guru Besar bertugas di SK Pantai Prai(ke tiga dari kanan). Sebelum ini, beliau merupakan  Penolong Kanan 1 di SK Bukit Meriam dan telah dinaikkan pangkat menjadi guru besar. Nama beliau ialah Pn Arpah Bt Abdullah. Kami warga SK Pantai Prai mengalu-alukan kehadiran beliau. Semoga dengan kehadiran beliau dapat menyuntik semangat yang baru dan bersama-sama menggembeling tenaga dalam memajukan dan meningkatkan tahap pencapaian murid-murid.

Rabu, 6 Julai 2011

Gambar Sukan Sekolah


Kejohanan Olahraga Dan Balapan SK Pantai Prai telah dijalankan pada 27 JUN 2011 pada jam 2.00 petang. Kejohanan ini dilaksanakan dalam keadaan gerimis. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kejohanan ini.
Untuk melihat koleksi gambar bolehlah klik pada tajuk di atas ataupun lihat di bahagian kanan blog ini. gambar ditayangkan secara slide show

Isnin, 23 Mei 2011